* Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang , racunnya akan meresap membunuh akal , jiwa dan perasaan . Pada ketika itulah cinta dikatakan buta . Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya .
* Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya . Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya . Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya ? Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang .
* Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta ? Rasa cinta memang tidak salah . Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia . Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia
memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya .
memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya .
* Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH .
![]() |
cinta terlarang ?? |
No comments:
Post a Comment